Pages

Friday, 1 May 2015

Ada apa dengan H A T I

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Assalamualaikum bakal ahli syurga!

Kenapa saya pilih hati untuk dibicarakan kali ini?
Terjawab semuanya pada hadis di atas.
Ustaz selalu pesan, beribadah perlu ikhlas. Beribadah perlu betulkan niat.
Dan semua itu bersakut paut dengan hati.

Hati dan Islam seiring. Lupa pada maksud iman?


تَتَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ.

“Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan.”




Sejauh manakah iman kita? Seteguh manakah hati kita beriman pada Allah?
Iman yang teguh, iman yang kuat bergantung pada hati kita.
Sukarkah untuk mendidik hati? Jawapannya ya.
Kenapa? Kerana hasutan dunia. Kerana nafsu kita.

Pernah tak kita rasa tak puas hati dengan rakan kita?
Asyik nak cari salah orang, asyik nak buat onar, malas nak solat, malas nak baca quran.
Malas nak pergi kelas, rasa nak tidur dalam kelas (typical pelajar)
Kenapa ya? Rosak kah hati kita? Buta kah hati kita? Sakit kah hati kita?

Dalam satu tazkirah, Ustaz ada berbicarakan tentang hati.
Hati manusia terbahagi kepada tiga:


1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t


2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.


3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Agak-agak kita tergolong dalam golongan mana ya?
Marilah kita didik hati kita demi kebaikan kita juga.
Tanpa hati yang ikhlas, ibadat mungkin sia-sia.
Tanpa niat yang betul, mungkin ilmu yang diperoleh tidak berkat.
Jika mahu berubah, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.
Kerana manusia tidak mampu memberi apa-apa pun kepada mu.
Di dunia ini, Allah Maha Pemberi segalanya.
Pintalah denganNya. Tajdid niat kita. Ibadah ini kerana Allah.
Bukan kerana pujian, bukan kerana cinta manusia, bukan kerana harta.


"Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja
Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman"

Moga dengan serangkap lirik lagu Hati - Hafiz Hamidun mampu membuka mata kita.
Setakat ini sahaja perkongsian saya.
Yang baik itu datang dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri.


"Wahai pembolak balik hatiku, Kau tetapkanlah hatiku kepada agamaMu dan sentiasa Taat kepada Mu"