Pages

Friday, 26 June 2015

Indahnya RAMADHAN

Alhamdulillah!
Tahniah saya ucapkan, hari ini sudah hari kesepuluh anda, pembaca, saya, awak, kita berpuasa!
Tahniah dan alhamdulillah kerana bertahan mendidik hati untuk melawan nafsumu, berusaha mengkhatamkan Al-Quran mu, berusaha untuk berpuasa dengan setulus hati, berusaha untuk mendirikan solat terawih, dan yang paling penting berusaha untuk menjadi HAMBA NYA.
Tahniah! Allah sedang berbangga dengan mu wahai umat Rasulullah.




Ramadhan kali ini ada sedikit kelainan terhadap pelajar2 SAIS.
Pertama kali dalam sejarah SAIS, kami mendirikan solat isya' dan terawih di padang disebabkan oleh ketiadaan elektrik di surau.
Siapa sangka di sebalik kekurangan Allah masih berikan peluang kepada hambaNya untuk beribadah kepadanya.


Walaupun panas, bermandi peluh, namun siapa sangka, sekurang kurangnya dapat timba pengalaman sembahyang di padang :D





Tips amalan di sekolah ketika RAMADHAN:

  1. SEBELUM SAHUR - antara waktu doa paling mustajab, so kalau sempat solatlah sunat tahajjud ke sebelum turun pergi sahur
  2. SELEPAS SUBUH - luanglah sedikit masa untuk baca al ma'thurat / Al-Quran
  3. WAKTU REHAT - tak rugi kalau pergi solat Dhuha kan?  2 rakaat / 4 rakaat terpulanglah
  4. SELEPAS MAGHRIB - solat sunat sebelum waktu Isya' rata2 baca Al-Quran nak khatamkan Quran pon baguus  like emoticon
  5. SELEPAS ISYA' - terawih 8 rakaat tu tak rugi pon..
  6. SELEPAS TERAWIH - tadarus Al-Quran berkumpulan pon bagus  like emoticon

Saturday, 13 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya RAMADHAN Kareem !

"Dari ustazah Norhafizah di IKIM...

🌷 Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini...

🌷Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan org yg mendengar menjawab "Allahu Akram"...
Maksudnya "Ramadhan Mulia"dan jawapannya " Allah lebih Mulia"...

🌷Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri2 tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati..
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah...terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah

🌷Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn amalan dan taqwa... "




Ramadhan datang lagi!
InshaAllah moga Allah perkenankan doa kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.
Rindu itu tak terkata.
Banyakkan amal di bulan mulia ini :)

Tetapkan azam Ramadhan tahun ini inshaAllah lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas.
Ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk diri kita.
InshaAllah moga amalan bulan Ramadhan kekal untuk selamanya dan apa yang salah kita perbaiki lagi.

Kepada yang belum habis ganti puasa, masih sempat lagi.
Kepada yang rasa puasa sunat di bulan Sya'ban dan Rejab tak banyak jeee, masih sempat lagi. Tapi jangan lupa, hari Syak diharamkan puasa yeee.




Hadits Rasulullah Saw yang dituturkan Ibn Mas’ud ra: 

“Sekiranya umatku mengetahui kebajikan-kebajikan yang dikandung bulan Ramadhan, niscaya umatku mengharapkan Ramadhan terus ada "sepanjang tahun ” 
(HR. Abu Ya’la, ath-Thabrani, dan ad-Dailami).


Kalau nak cakap kelebihan Ramadhan ni, memang banyaaaaaaaak sangat.

Antaranya:
1. Malam lailatul Qadr di mana lebih baik dari seribu bulan. Jom kejar malam Lailatul Qadr. Ajak geng asrama buat qiamullail. Hihi

2. Doa orang yang berpuasa dimakbulkan! Waaah boleh lah doa banyak2.

3. Ada solat terawikh! (angkat kening) 
Jangan malas. Bila lagi nak kejar syurga kan. Setahun sekali aja. Kalau tak tahan 20 rakaat, 8 pon boleh. Kepada pelajar asrama, balik rumah jangan tak solat terawikh pula yaaaa. Kalau tahun lepas termiss sekali terawikh, tahun ni, biar lah penuh pula yaa..

4. Ganjaran pahala berlipat ganda!
Subhanallah Maha Pemurah Allah itu. "Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu."

5. Pintu langit dan pintu syurga dibuka

6. ^ adalah sebahagiannya. Yang lain?

· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.

· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.

· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.

· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.

· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.




Jangan ingat raya saja tau. Hihi. Moga perkongsian kali ini lebih bermakna. InshaAllah sama sama kita maknakan Ramadhan tahun ini.