Pages

Sunday, 22 February 2015

ANTARA SUNNAH RASULLULAH S.A.W YANG KITA TAK TAHU...


Soalan : Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?

Jawapan : Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.

Daripada ‘A-isyah R’anha:
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”
Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.

*Kami kepilkan bersama gambar cara berbaring yang menghampiri kaedah Rasulullah SAW berbaring....

~Semoga memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan yang baru buat kita semua..^^

Saturday, 21 February 2015

IKHTILAT



           Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul2 menyentuh hati kami semua....
.
Syeikh  : Kamu suka dia?
Fulan   : Ya syeikh....
.
Syeikh  : Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman
              hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?
.
Fulan   : Ya syeikh... pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama

              saya.
.
Syeikh  : Bila kamu akan menikahinya?
Fulan   : Lepas belajar syeikh.. dalam 3 tahun lagi...
.
Syeikh  : Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia

              sekarang dan 3 tahun akan datang?
              -
              Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
              Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
              -
              Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,
              dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah.

              Kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?
              Bukankah cara itu lebih suci?
              -
              Wanita umpama air mutlak mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki

              tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal..
              Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci
              seperti basuh pinggan, basuh najis dan sebagainya..
              Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?
              -
              Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau

              lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka
              percayakan al-quran..
              -
              Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar                   bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar                   dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya                   semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..
              -
              Itu tandanya akal mereka sangat pendek.. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para

              wanita bukan perosak mereka..
              -
              Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas                       haram kerana Allah haramkan kita utk dekati zina..
              -
              Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita                       gerakkan kaki ke arah zina itu tlah haram kerana perintah ini..
              -
              Jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...
              sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka                   penuh dengan dosa zina.....
              -
              Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak nikahi diganti                           dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?
              -
              Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi...
              -
              Fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah                 sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda-goda kucing jantan untuk
              mengawan...
              -
              Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah                       mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan
              lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan                   sebagainya...
              -
              Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga                   diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah                     kalau bukan LELAKI???
              Lelaki yang couple-couple dan yang bersayang-sayang dengan bukan mahram tu tolong lah                 berhenti..insafi diri..sedarlah kita sebagai pelindung mereka yg diamanahkn oleh Allah S.W.T
              -
               Kita kena sedar, suatu masa nanti kita pun akan ada anak..
               Sukakah kite kalau ank perempuan kita berhubung bermanja, bersayang secara haram dgn                  lelaki bukan mahram..
               Atau sukakah kita melihat anak lelaki kita berfoya-foya dgn para muslimah diluar sana...
               -
Ya Ikhwanku sekalian renungkanlah...
               Kita ini khalifah yg diutuskan oelh Allah S.W.T untuk mentadbir alam ini dengan menuruti syariatNya dan berlandaskan hukumNya..maka turutilah segala perintahNya..jagalah dirimu..jagalah hatimu..jagalah imanmu..jagalah ikhtilatmu..buat para wanita..dirimu itu perhiasan dunia yg paling indah..nilai dan martabat mu itu ditinggikan Allah S.W.T maka jangan engkau rendahkan dan persiakan ia....

muhasabah diri dan tingkatkn taqwa..^^


Friday, 20 February 2015

Tokoh: Abu Hanifah



Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.

اِ نْشَآ ءَ اللّهُ 
آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Wednesday, 18 February 2015

Hati Hitam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrh. wbr.

         Tanpa kita sedar, satu perkara kejahatan yang dilakukan menyebabkan adanya titik hitam yang akhirnya meliputi seluruh hati kita. Seperti yang kita tahu, hati yang hitam adalah yang hati yang sudah mati. Tertanya-tanya di fikiranku, bagaimana hati kita mati?

  • mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya
  • membaca kitab Allah tetapi tidak mahu mengamalkannya
  • mengaku bermusuhan dengan iblis tetapi mengikuti tuntutannya
  • mengaku cinta Rasulullah tetapi tidak mengamalkan sunnah beliau
  • mengaku senang syurga tetapi tidak berusaha menuju padanya
  • mengaku takut neraka tetapi tidak mengakhiri perbuatan-perbuatan dosa
  • mengaku kematian itu hak tetapi tidak mempersiapkan diri untuk mengadapinya
  • asyik meneliti aib-aib orang lain tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri
  • makan rezeki Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
  • menanam orang-orang mati tetapi tidak mengambil pelajaran.


Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada cara bagaimana mengatasinya...

  • baca al-quran dan memahami isi kandungannya
  • amalkan solat-solat sunat spt solat dhuha, solat hajat, solat rawatib dll
  • belajar dan dekatilah orang yang berilmu dan soleh
  • amalkan ibadah sunat spt puasa sunat dll
  • sentiasa berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” 
(Riwayat Imam al-Bukhari).


wallahu'alam


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

12 Februari 2015
22 Rabiulakhir 1436M

          Apabila cikgu kami, Ustaz Azhar Alias mengumumkan Murrabbi nya telah meninggal dunia, tak pernah sampai di fikiran ku, murrabbi itu arwah TGNA. Saat di mana ustaz menyebut nama arwah, aku terkejut, turut menitiskan air mata. Tak terkata sebaknya kami.

        Bila dah abis program, aku dengar suara tangisan dari orang yang memang aku jangkakan. Melihatkan orang muda sebegitu yang menjadikan TGNA sebagai contoh, aku pun ada perasaan sebak itu.

            Aku hanya berharap agar pemergian permata ini menjadi titik tolak kepada pemimpin masa hadapan untuk menyambung perjuangannya.

                    "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah sedang memantau... Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa... tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek... kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka." -TGNA-

Syurgatempatmu, In Shaa Allah.
Walaupun agak lambat, tetapi masih terkesan di hati.

wallahu'alam...