Pages

Wednesday, 18 February 2015

Hati Hitam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrh. wbr.

         Tanpa kita sedar, satu perkara kejahatan yang dilakukan menyebabkan adanya titik hitam yang akhirnya meliputi seluruh hati kita. Seperti yang kita tahu, hati yang hitam adalah yang hati yang sudah mati. Tertanya-tanya di fikiranku, bagaimana hati kita mati?

  • mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya
  • membaca kitab Allah tetapi tidak mahu mengamalkannya
  • mengaku bermusuhan dengan iblis tetapi mengikuti tuntutannya
  • mengaku cinta Rasulullah tetapi tidak mengamalkan sunnah beliau
  • mengaku senang syurga tetapi tidak berusaha menuju padanya
  • mengaku takut neraka tetapi tidak mengakhiri perbuatan-perbuatan dosa
  • mengaku kematian itu hak tetapi tidak mempersiapkan diri untuk mengadapinya
  • asyik meneliti aib-aib orang lain tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri
  • makan rezeki Allah tetapi tidak bersyukur kepadaNya
  • menanam orang-orang mati tetapi tidak mengambil pelajaran.


Setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada cara bagaimana mengatasinya...

  • baca al-quran dan memahami isi kandungannya
  • amalkan solat-solat sunat spt solat dhuha, solat hajat, solat rawatib dll
  • belajar dan dekatilah orang yang berilmu dan soleh
  • amalkan ibadah sunat spt puasa sunat dll
  • sentiasa berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” 
(Riwayat Imam al-Bukhari).


wallahu'alam


No comments: