Pages

Wednesday, 18 February 2015

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

12 Februari 2015
22 Rabiulakhir 1436M

          Apabila cikgu kami, Ustaz Azhar Alias mengumumkan Murrabbi nya telah meninggal dunia, tak pernah sampai di fikiran ku, murrabbi itu arwah TGNA. Saat di mana ustaz menyebut nama arwah, aku terkejut, turut menitiskan air mata. Tak terkata sebaknya kami.

        Bila dah abis program, aku dengar suara tangisan dari orang yang memang aku jangkakan. Melihatkan orang muda sebegitu yang menjadikan TGNA sebagai contoh, aku pun ada perasaan sebak itu.

            Aku hanya berharap agar pemergian permata ini menjadi titik tolak kepada pemimpin masa hadapan untuk menyambung perjuangannya.

                    "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah sedang memantau... Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa... tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek... kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun neraka." -TGNA-

Syurgatempatmu, In Shaa Allah.
Walaupun agak lambat, tetapi masih terkesan di hati.

wallahu'alam...

No comments: