Pages

Tuesday, 9 February 2016

Maafkan Saya Rosakkan Awak

Sambungan 'Terima kasih rosakkan saya'



Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya seorang lelaki yang boleh dikatakan ada rupa
pandai memikat hati gadis
dengan kata-kata manis saya

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya suka melihat gadis
yang mempunyai senyuman manis
perwatakan baik dan menawan
dan saya cuba dapatkan mana-mana gadis begitu

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya tawan hati mereka
saya tidak kisah
apa pengakhiran mereka
yang mana dapat, saya akan lepaskan

Maafkan saya sebab rosakkan awk
orang lain nampak awak
seorang gadis bertudung labuh hitam
muka putih pucat, bibir suram
tapi di mata saya
awak ada kemanisan yang saya nak
saya mesti dapatkan awak

Maafkan saya sebab rosakkan awak
orang kata susah lelaki dapat dekati awak
takpe, saya tetap cuba
saya pantang dicabar
saya mesti dapatkan awak






Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya sengaja merenung panjang ke mata awak
awak malu kucing
awak tarik hand-sock
saya senyum mesra

Setiap saya tenung awak
awak semakin suka dan saya tak sangka
awak balas senyum saya
saya beranikan diri
untuk minta no phone awak dari kawan awak
dan saya dapat

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya whatsapp awak
dp whatsapp awak gambar bunga
saya tahu awak suka bunga
saya ucapkan "Assalamualaikum"
awak balas "Wa'alaikumussalam"
saya tanya kelas pukul berapa?
awak balas pukul 10
dan berterusannnn......

Maafkan saya sebab rosakkan awak
aritu awak pakai tudung labuh pink
lain dari lain
saya saja cakap awak manis
manis la awak pakai pink
sebab saya tahu awak akan suka

Maafkan saya sebab rosakkan awak
awak tukar dp whatsapp
bukan tudung labuh tapi tudung bawal
awak nampak, awak nampak lebih cantik
kata saya
awak semakin suka

Maafkan saya sebab rosakkan awak
tiap malam kita whatsapp
hehe....
awak bagitau masalah awak
saya bagitau masalah saya...






Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya tunjukkan mesej-mesej awak kat member saya
diorang solute saya
kerana dapat awak
mana taknya ni kan 'Saya'
hahaha...
dah terbuktinya saya hebat

Maafkan saya sebab rosakkan awak
ada awek baru
rakan-rakan saya cabar saya
untuk dapatkan awek baru tu
saya terima cabaran mereka
saya tinggalkan awak
saya tak whatsapp tapi awak tunggu
awak whatsapp tapi saya tak balas
bagi saya, dah cukup kot

Maafkan saya rosakkan awak
saya dah ada orang lain untuk whatsapp with
saya dah tak kisah pasal awak
saya gembira dengan orang lain
jangan kacau hidup saya lagi

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya nampak awak pun ada orang lain
awak dah tak pakai tudung labuh
awak dah tak pendiam
di mata saya, kemanisan awak dah hilang
saya pun tak kisah awak dah ada orang lain
selalu berkepit pula tu

Maafkan saya sebab rosakkan awak
tapi mata awak selalu memandang saya
macam awak masih sukakan saya
tapi awak berkepit dengan dia
saya buat tak kisah

Maafkan saya sebab rosakkan awak
satu kelas heboh bila awak dating
awak asyik berkepit dengan si dia
kini awak dah tidak memakai tudung
dan memakai lipstick merah
awak kelihatan gembira dengan dia sebelah awak
tapi saya tak kisah

Malam itu, saya sangat terkejut
buka newsfeed facebook
ada gambar awak dan dia
dan awak cium dia
ramai comment "Kenapa?"
awak comment balik "Jangan ganggu hidup saya"
semua tertanya kenapa awak berubah?
dan kawan-kawan semua bertanyakan awak "Kenapa awak berubah?"
awak kata "Nak bebas dan KECEWA"

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya rasa bersalah
adakah disebabkan saya?
soalan itu berputar di fikiran saya
tapi saya tidak endahkan
saya fikir awak memang nak kebebasan
tapi....

Kawan awak kata awak tiap-tiap hari menangis
menangis, sambil depan cermin
sambil pegang rambut awak
mereka tanya, tapi awak
awak kata tak ada apa-apa
dia minta tolong saya
tapi saya tak tahu macam mana nak tolong

Maafkan saya sebab rosakkan awak
saya rasa macam bersalah
saya dapat tahu awak berhenti pengajian
sebab ada masalah psychology
kata kawan awak.....
semua orang sedih awak
dan rindu awak yang dulu
pada masa itu, saya rasa sangat bersalah

Maafkan saya sebab rosakkan awak
kawan awak jumpa saya
dan dia bagi satu kertas
dia kata dari awak
saya tak baca kertas tu
nanti sampai bilik baru saya baca
sampai bilik
saya baca tajuk 'Terima Kasih Rosakkan Saya'
saya baca sampai habis
air mata bersalah mengalir
Astaghfirullah hal 'azim. Apa yang dah aku buat?


#ikhlas dari seorang hamba Allah

Terima Kasih rosakkan saya



'Terima Kasih' kerana rosakkan saya.

Saya gadis bertudung labuh
muka saya putih pucat, bibir saya kelihatan suram
saya memakai kaca mata
saya tak memakai make-up
bagi saya cantik itu tidak penting
yang penting kelihatan depan Allah, Tuhan kita.

Terima kasih kerana rosakkan saya
saya seorang pendiam, kurang cakap sebab di tuntut dalam agama
berfikirtentang kebesaran Nya
waktu-waktu lapang saya, saya habiskan baca al-Quran
smartphone di tangan bila perlu sahaja
saya suka berkebun dan tanam bunga
saya senyum lihat bunga saya

Terima kasih rosakkan saya
saya jarang tengok cermin
sebab bila saya tengok cermin
mesti ada bisikan kata
"awak cantik, awak cerah, awak paling cantik"
saya tak layan sebab saya tahu itu bisikan syaitan
saya ignore, saya kekal dengan tudung labuh hitam saya

Saya tidak mengambil gambar saya
saya tidak post gambar saya dalam facebook
atau media sosial yang lain
saya tidak harap manis depan Allah SWT

Terima kasih rosakkan saya
saya suka menulis post Islamic
agar berdakwah di facebook
saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat
saya tersenyum di samping al-Quran dan tasbih di tepi saya
saya gembira ada kawan sehaluan saya

Terima kasih rosakkan saya
saya duduk di tepi dewan kuliah
terlihat awak memandang saya
paandangan awak terus ke mata saya
saya tak selesa, saya beredar dari situ
saya istighfar kepada Allah

Setiap hari awak memandang saya
saya berasa malu, awak pandang saya
saya tarik hand-sock saya
tutup mulut saya
saya segan bila awak tenung saya

Terima kasih rosakkan saya
saya teringat kat awak
tiada lelaki pernah begitu dengan saya
saya ternanti-nanti bila lagi awak tenung saya
kadang-kadang saya tersedar semua ini salah
Allah marahkan saya
tapi pandangan mata awak mendominasi saya
Terima kasih rosakkan saya
Biasanya saya menghabiskan masa
membaca al-Quran seperti biasa
berusrah dan membaca hadis
menelefon mak saya
Tapi...


Suatu malam
ada nombor tidak dikenali whatsapp saya
saya tengok gambar dia, gambar dia
saya tersenyum lebar
awak cakap "Assalamualaikum"
saya jawab "Wa'alaikumussalam"
awak tanya esok kelas start pukul berapa
saya jawab pukul 10...
awak kata nak berkawan dengan saya
saya kata inshaAllah boleh...
Dan
berterusan......................

Terima kasih kerana rosakkan saya
tiap malam saya tunggu awak whatsapp saya
saya gembira awak gembira

Masa kosong saya
tidak lagi dengan al-Quran
kini smartphone di tangan saya
tapi...
dalam tu ada awak, awak temankan saya
kita hari-hari texting, betul tak?
saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya
saya suka awak pandang saya
dan awak kata saya senyum manis
saya tengok cermin, ermm
memang betul la yang awak kata
saya tengok cermin
saya kata dengan diri saya
awak suka muka saya





Terima kasih rosakkan saya
hari tu, saya tak pakai tudung labuh hitam
saya pakai tudung labuh pink
then awk whatsapp
awak kata saya manis dengan tudung pink tu

Saya senyum, awak kata
"saya suka awak"
saya jugaaa

Terima kasih kerana rosakkan saya
saya tukar dp whatsapp saya dengan gambar saya
gambar saya tidak memakai tudung labuh
tapi tudung bawal
awak kata saya lebih manis
saya suka bila awak cakap macam tu

Kawan-kawan saya tahu pasal kita
Mereka kata saya dah maju
Malah mereka menggalakkan saya
saya tersenyum bila mereka kata
awak suka saya
Hehe, saya suka

Terima kasih kerana rosakkan saya
saya terkejut bila kawan saya bagi saya chocolate
dia kata dari awak, saya gembira

Saya tak sampai hati nak makan
saya pun bagiawak Big Apple
dan awak kata awak suka

Terima kasih rosakkan saya
hari ni saya pergi kuliah
tidak tudung labuh
saya pakai tudung bawal
dan awak kata saya lebih manis
saya tidak pakai kaca mata
saya pakai contact lens
seperti saya harap
awak kata saya lebih manis
saya gembira

Terima kasih rosakkan saya
tiap malam kita sembang
awak bagitau masalah awak
saya bagitau masalah saya
saya ada awak
awak ada saya






Tetapiiii
tiba-tiba awak jarang dah whatsapp saya
saya tunggu, awak tak whatsapp
saya whatsapp, awak tak balas
saya sedih...

Terima kasih rosakkan saya
saya dapat tahu awak ada
'kawan' baru untuk whatsapp with
awak tinggalkan saya
saya rasa macam kena tipu
tapi macam mana nak marah
kita just kawan

Saya sedih
setiap masa saya fikirkan awak
awak tak pandang saya lagi
awak tak fikirkan saya lagi
saya kecewa...

Saya pandang cermin
saya buka tudung
saya memakai lipstick merah
agar pandang saya
saya pergi dewan kuliah
berpakaian begitu
tapi awak tak pandang saya lagi
awak sibuk dengan si dia

Terima kasih rosakkan saya
saya cari orang lain
saya berlipstick merah
saya cari  orang lain
untuk cemburukan awak
tapi awak tiada respond
awak tak kisah

Saya tekad
saya berkepit dengan orang baru saya
saya senyum dengan lipstick merah saya
tapi awak tak kisah
sebenarnya saya taknak dia
saya nak awak

Saya tekad upload gambar
saya bercium dengan orang baru saya
tapi awak tak kisah
awak..........

Saya menangis....
menangis.....
berfikir dua kali, saya..saya..menangis....
bukan sebab awak
sebab saya dah lain
saya hilang diri sayyang dulu
saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah
saya...Allah help me
Astaghfirullah

#Nafsu itu menyerang sesiapa sahaja. Kita mesti kawal. Jangan termakan pujukan dunia, mari kita sama-sama berjuang kerana Nya...

Bidadari Syurga Al-Hafizah
31hb Mei 2015

Monday, 8 February 2016

Kisah si Penggunting Rambut


Recoil by hatefuel





Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut itu menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam topik dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yg agak berat.

    "Tuhan ni wujud ke?" Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

    "Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara? Manusia saling berperang dan benci sesama manusia. Tuan tengoklah berita di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh saja di mana-mana"

Adu si penggunting rambut.

    "Lihat di negara kita. Sana sini buang bayi, kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah"

Sambungnya lagi dengan menyatakan kekesalan.

    "Tuhan tu ada"

Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

    "Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman saja? Kan senang"

Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

    "Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana. Dan pakcik  tua di seberang jalan yang sedang duduk tu?"

Tanya lelaki itu

    "Ya, saya nampak. Kenapa?"

Si penggunting rambut bertanya kembali

   "Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya nampak macam tak terurus. Setuju tak?"

Lelaki itu meminta pandangan

    "Ya, betul. Saya setuju" Si penggunting rambut mengiakan sambil mengangguk.

    "Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting tiada kah?"

Tiba-tiba lelaki itumengajukan soalan 'istimewa' kepada si penggunting rambut.

    "Eh, tak. Bukan sebab tu ni saya ada ni" Si penggunting rambut menafikan

    "Habis tu kenapa lelaki lekaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?"

Lelaki tersebut bertanya kembali

    "Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut mereka saya tadi. Tuhan kita Allah tetap ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu 'berjumpa' dengan Tuhan"

Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

    "Merekalah yang telah mengabaikan perintah Allah. Allah telah memberikan pedoman melalui RasulNya dan juga kitabNya al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari Allah. Jika manusia mendekatkan diri dengan Allah, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lekaki-lekaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe."

    "Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?"

Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

    "Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah, nanti tak pasal-pasal saya kena nanti..hehe..Tapi alhamdulillah encik tak marah. Malah dapat menerima penjelasan saya"

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga..

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.